Perubatan & Penyembuhan

BANTUAN BELI ALAT CHILD CP STANDING FRAME ANAK ISTIMEWA ANAS MIKAIL

oleh MOHD HASBIRAFII BIN ABDUL GHANI
Dicipta pada Aug 29, 2022 | Seluruh Negara
RM0 terkutip dari RM3,000 sasaran 0.00%
  • 0 Derma
  • 2 hari tinggal
  • 0 Like
Assalamualaikum /salam sejahtera
Saya adalah bapa kepada anak istimewa saya Anas Mikail yang mengidap (Celebral Palsy) Fizikal tidak boleh berjalan sejak lahir dan perkembangan tak seiring dengan umurnya.. Anas mendapat rawatan susulan doctor di HTTA dan UIA setiap minggu dan perkembangan Anas ade peningkatan dari segi respon, pendengaran dan bertutur walaupan tak sama dengan kanak-kanak yang lain..tapi saya bersyukur dengan perubahan Anas, dari segi kaki anas sebelum ni doctor cadangkan buat pembedahan betul saraf di bawah paha dah betis yang kos dibantu oleh JKM.kami setuju untuk kebaikan Anas.kaki anas bersimen lebih kurang 2 bulan setelah buang simen kaki anas nampak boleh tegak sedikit tapi tak sepenuhnya memandang kes pkp COVID19 bermula temujanji atau Rawatan susulan Anas tidak dapat diteruskan kami menunggu arahan doctor untuk rawatan seterusnya tapi takde respon memandang waktu itu kes covid cepat merebak kami memahami,
Selepas 3 Bulan kaki anas kembali bengkok macam Asal..setelah jumpa doctor doc mencadangkan utk pembedahan kali kedua yang menelan kos rm2700 dengan bantuan kawan dan MUIZ.kami setuju selepas pembedahan kali kedua kaki anas nampak tegak tapi kepala lutut tak mencapai 100% (lock berdiri) selepas itu Anas di bagi temujanji rawatan susulan / rawatan fisioterapi untuk memastikan perkembangan Anas semakin baik sebab Doctor bagitahu Anas ada potensi boleh berjalan macam kanak-kanak Normal yang lain.demi menjaga kedudukan kaki anas setelah pembedahan doctor cadangkan memohon bantuan dari badan kebajikan MUIZ untuk beli wheelchair untuk memudahkan pergerakan Anas.Alhamdulilah permohonan diterima dan kami dapat wheelchair itu yang sepenuhnya di bawah bantuan muiz .
kini anas masuk umur 6 tahun dan kaki boleh ditegakkan tapi bukan sepenuhnya juga memerlukan alat bantuan celebral palsy standing frame sebagai latihan Fisioterapi di rumah berjumlah RM 3000..Semakin banyak latihan Fisioterapi semakin cerah harapan Anas untu boleh berjalan.
saya mengalami kesukaran memandangkan bantuan ni perlu di usahakan sendiri dan juga saya hanya berkerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.jadi saya memohon dari sahabat2 semua bantu saya cukupkan dana untuk belikan alat cp standing frame untuk kebaikan Anas DI masa hadapan. semoga dengan bantuan ikhlas dari sahabat semua dengan izin ALLAH S.W.T anas boleh berjalan seperti kanak-kanak normal yang Lain..AAMIIN..
sekiranya dana dah cukup saya beli alat tersebut dan insyallah akan update dalam Bantulah
Terima Kasih jasahabat /perderma Bantulah yang Ikhlas hati bantu saya. semoga diberkati oleh ALLAH S.W.T
Tiada derma lagi
Tiada keputusan dapat dicari
BantulahBoost
Pengajur kempen telah opt-in BantulahBoost. Jumlah kecil dari dana terkumpul akan disalurkan untuk penggunaan Iklan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
QR Code Kempen Bantulah
BANTUAN BELI ALAT CHILD CP STANDING FRAME ANAK ISTIMEWA ANAS MIKAIL
oleh MOHD HASBIRAFII BIN ABDUL GHANI
RM0 terkutip dari RM3,000 sasaran (0.00%)
Tarikh Tamat Kempen : Sep 30, 2022 | Seluruh Negara
Penganjur Kempen
MOHD HASBIRAFII BIN ABDUL GHANI
Akaun dicipta pada Aug 12, 2022 | Malaysia

Kempen Berkaitan

Lihat kempen-kempen lain yang berada dalam kategori yang sama

Malaysia's COVID-19 Fund (Tabung)
Perubatan & Penyembuhan | Verified
Malaysia's COVID-19 Fund (Tabung)

The impact of the coronavirus has extended far beyond those who have become infe...

RM12,020 1.20%
terkutip dari RM1,000,000 Seluruh Negara

Beneficiary kempen ini: Affected Malaysians

oleh Dr. Mohd Airy 2 hari tinggal