Event & Pertandingan

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2021

oleh Belia idealis tawang
Dicipta pada Aug 24, 2021 | Seluruh Negara
RM0 terkutip dari RM5,000 sasaran 0.00% * (0%) akan ditolak dari dana terkutip. Fee dibiayai sepenuhnya oleh Bantulah dibawah program BantulahSubsidi
  • 0 Derma
  • Tamat
  • 0 Like
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2021
Rakyat malaysia saban tahun merayakan sambutan hari kebangsaan iaitu hari kemerdekaan dan juga hari Malaysia.
Namun pada tahun ini,kita buat kali kedua mersikannya dalsm norma baharu akibat penularan pandemik covid19.
Sehubungan dengan itu ,Kelab Belia Idealis Tawang(KEBINTANG)mengambil tanggungjawab untuk memeriahkan perayaan sambutan hari kebangsaan dengan mengagihkan 1000 bendera negara kita iaitu Jalur Gemilang di sekitar kelantan khususnya .
Kempen agihan ini bertujuan bagi menzahirkan semangat patriotisme rakyat kepada negara melalui pemasangan bendera di kenderaan serta kediaman

Kelab Belia Idealis Tawang di tubuhkan secara inklusif dari warung jalanan semasa melihat gelagat anak muda yang sedang mundar mandir mencari arah tuju kehidupan pasca menduduki pemeriksaan SPM.Ringkasnya ,beberapa dari kalangam kami mempelawa anak muda beberapa sosok itu membantu kami dalam misi mengagihkan air minuman kepada pelajar maahad memandang pada masa itu berlakunya stress haba yang memuncak. Namun setelah didaftarkan secara rasmi sekitar Mac 2019,Kelab Belia Idealis Tawang atau nama ringkasannya KEBINTANG mula mengorak langkah pertama membuka pendaftaran kepada belia dari bangsa lain seperti siam dan cina bagi memberi satu isyarat jelas bahawa Kebintang adalah persatuan belia anak malaysia didalam mencapai objektif penubuhan. Beberapa program telah dianjurkan antaranya ialah A.bantuan permulaan sesi persekolahan tahun 2020 dengan mengagihkan kit alat tulis bagi murid tahun 1 sebanyak 50 murid dari keluarga B40. B.Kursus jangka pendek baiki telefon bimbit dengan penyertaan 10 orang belia lepasan spm. C.Menghantar 25orang mengikuti kursus asas Personnel Binaan Anjuran CIDB WILAYAH TIMUR bagi tujuan pengenalan kepada peluang kerjaya dalam sektor oil and gas. D.menggerakkan tabung bencana musim tengkujuh memandangkan tawang adalah daerah pesisiran pantai yang terletak didlaam jajahan BACHOK yang sinonim saban tahun akan berlakunya musim ombak besar dan hujan lebat. Namun begitu ,apabila melanda wabak covid 19 serta telah menjadi sporadik sejak akhir akhir ni,Kebintang seakan sunyi dari mengadakan aktiviti kebajikan serta khidmat masyarakat terutamanya mereka yang tercicir dari pangkalan data dari agensi kerajaan serta lambakan birokrasi semasa PKP 1.0 .
Tiada derma lagi
Tiada keputusan dapat dicari
QR Code Kempen Bantulah
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2021
oleh Belia idealis tawang
RM0 terkutip dari RM5,000 sasaran (0.00%)
Tarikh Tamat Kempen : Sep 18, 2021 | Seluruh Negara
Penganjur Kempen
Belia idealis tawang
Akaun dicipta pada Jun 06, 2021 | Malaysia
Saya ahmad dzul azim berumur 30 tahun merupakan seorang oku penglihatan selaku pengerusi kelab belia...