Keperluan Asas
Mohon Bantu Kos Keperluan Anak Saya
RM0 terkutip dari RM3,500 sasaran 0.00%- 0 Derma
- Tiada
- 0 Like
Saya dikurniakan anak bernama Muhammad Furqan Dzulkarnain, 8 tahun yang telah disahkan menghidap masalah Autism dan Rheumatoid Arthritis. Pada ketika itu, saranan terbaik doktor pakar Paeds kanak-kanak adalah dengan mendapatkan rawatan dari OCT dan Speech Therapist di sebuah hospital dil Johor, berdasarkan tarikh-tarikh temujanji setiap bulan dan masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Pada 18 September 2017, Furqan telah dimasukkan ke sebuah Hospital di Johor kerana kaki sebelah kanannya tidak menunjukkan respon yang baik. Suhu badannya sangat tinggi dan kakinya membengkak dan sejuk dan ini telah menambah kerisauan kami suami isteri kerana ini pertama kali terjadi Furqan menjadi lumpuh sebelah kaki kanannya dan pihak Hospital di Johor merujuknya ke lagi sebuah hospital di Johor juga untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik berdasarkan ada doktor yang lebih pakar disana akan merawat dia. Furqan telah menjalani pembedahan pertama pada lutut kanannya pada September 2017 dan memaksakan dirinya untuk menjalani Fisioterapi setiap bulan di Hospital di Johor. Furqan anak yang tidak mudah mengalah. Seterusnya, anak kami dirujuk pula ke Hospital di Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan yang dianggap lebih membaik memandangkan pakar Ortopedik lebih ramai disana untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kesihatan anak kami. Furqan telah pun menjalani tiga pembedahan dan dicadangkan untuk menjalani satu lagi pembedahan kerana kuman telah merebak ke bahagian sebelah kaki kirinya menyebabkan tulangnya rapuh 60% dan bahagian lutut kanannya juga tidak berfungsi dengan baik. Bagi mengelakkan kelumpuhan terjadi, maka pembedahan terakhir perlu dilakukan segera bagi mengurangi risiko yang tidak diingini berlaku. Besar harapan kami agar perkara ini tidak berlaku. Pengalaman dalam membesarkan Furqan merupakan pengalaman terbaik dalam hidup kami. Sesuai dengan aturan Allah, siapalah kami untuk menidakkan takdir. Memang menjadi tanggungjawab saya untuk membesarkannya walau seperti mana pun fizikalnya. Walaupun saya terpaksa berkorban masa dan tenaga, sebagai seorang bapa dan suami sudahpun menjadi tanggungjawab saya untuk menguruskan tiga orang sekaligus memandangkan isteri saya masih belum boleh untuk melaksanakan tanggungjawabnya seperti insan normal lain. Bantuan yang kami terima dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 setiap bulan masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan untuk memenuhi keperluan Furqan kerana keperluannya melebihi kos tersebut dan saya tidak mampu untuk menampungnya.
BantulahBoost
Pengajur kempen telah opt-in BantulahBoost. Jumlah kecil dari dana terkumpul akan disalurkan untuk penggunaan Iklan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
QR Code Kempen Bantulah
Mohon Bantu Kos Keperluan Anak Saya
Kempen Berkaitan
Lihat kempen-kempen lain yang berada dalam kategori yang sama
Keperluan Asas
need help buying medication
here,i humbly ask for your help. I really need some money to pay for my medical...
RM34
0.05%
terkutip dari RM65,000
Terengganu
oleh ameni
Tiada
Keperluan Asas
Kempen Mengumpul Dana untuk membayar bil
Untuk menolong insan yang telah kehilangan kerja.Memerlukan wang tunai untuk men...
RM0
0.00%
terkutip dari RM3,000
Seluruh Negara
oleh Hirallal Ezra Abd ghazak
Tiada
Keperluan Asas
BANTUAN KEWANGAN UNTUK OKU FIZIKAL MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK
YOGESWARAN , seorang bujang berusia 39 tahun,merupakan seorang OKU FIZIKAL ( KUD...
RM0
0.00%
terkutip dari RM4,000
Pulau Pinang
oleh YOGESWARAN
Tiada