Keperluan Asas

Bantuan Membaik Pulih Bumbung Rumah Yang Bocor

oleh Mohamed Ridwan Bin Eliasak
Dicipta pada Aug 28, 2025 | Selangor
RM0 terkutip dari RM25,000 sasaran 0.00%
  • 0 Derma
  • Tiada
  • 0 Like
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dengan rendah hati ingin memohon sokongan untuk kempen bantuan membaiki bumbung rumah saya. Rumah ini merupakan rumah teres setingkat yang saya beli secara subsale pada hujung tahun 2019. Sebab utama saya memilih rumah ini adalah kerana mak mertua yang sudah tidak larat naik turun tangga akibat masalah lutut.
Sejak berpindah, bumbung rumah sering mengalami kebocoran. Saya sudah 4 kali memanggil tukang rumah yang berbeza-beza, namun, tiada yang mampu buat melibatkan jumlah wang yang besar..,malah 6 kali saya cuba untuk membaikinya sendiri. Namun, jangka hayatnya sangat pendek dan semua simpanan yang ada telah habis digunakan untuk kos pembaikan. Saya juga sudah menghubungi pihak bank berkaitan pinjaman rumah, tetapi kos tambahan untuk baik pulih tidak dapat dipenuhi melalui saluran itu. Dalam masa yang sama, komitmen bayaran bulanan rumah agak tinggi dan isteri saya baru sahaja berhenti kerja, menjadikan keadaan kewangan keluarga semakin sukar. Saya juga telah menuntut dan berbincang melalui insurans rumah, tetapi diberitahu masalah ini dikategorikan sebagai "Wear and Tear", tanpa sebarang kata putus. Ini adalah peluang terakhir saya mencari sedikit bantuan agar dapat membeli barang dan alatan lengkap untuk membaiki bumbung dengan lebih baik secara sendiri sambil menggunakan khidmat ayah saya sendiri.
Saya tidak mahu mengambil kesempatan, tetapi hanya ingin mencari jalan keluar agar keluarga dapat tinggal dengan lebih selesa, tanpa risau setiap kali hujan turun.
Segala bentuk sumbangan, doa, dan sokongan daripada tuan/puan amat saya hargai. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan rezeki yang berlipat ganda.
Tiada derma lagi
Tiada keputusan dapat dicari
BantulahBoost
Pengajur kempen telah opt-in BantulahBoost. Jumlah kecil dari dana terkumpul akan disalurkan untuk penggunaan Iklan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
QR Code Kempen Bantulah
Bantuan Membaik Pulih Bumbung Rumah Yang Bocor
oleh Mohamed Ridwan Bin Eliasak
RM0 terkutip dari RM25,000 sasaran (0.00%)
Tiada | Selangor
Penganjur Kempen
Mohamed Ridwan Bin Eliasak
Akaun dicipta pada Aug 28, 2025 | Malaysia

Kempen Berkaitan

Lihat kempen-kempen lain yang berada dalam kategori yang sama

Mohon Bantu Kos Keperluan Anak Saya
Keperluan Asas
Mohon Bantu Kos Keperluan Anak Saya

Saya dikurniakan anak bernama Muhammad Furqan Dzulkarnain, 8 tahun yang telah di...

RM0 0.00%
terkutip dari RM3,500 Johor

Kempen Mengumpul Dana untuk membayar bil
Keperluan Asas
Kempen Mengumpul Dana untuk membayar bil

Untuk menolong insan yang telah kehilangan kerja.Memerlukan wang tunai untuk men...

RM0 0.00%
terkutip dari RM3,000 Seluruh Negara

Mohon Sumbangan Untuk Bayaran Tunggakan Kereta (Telah Ditarik)
Keperluan Asas
Mohon Sumbangan Untuk Bayaran Tunggakan Kereta (Telah Ditarik)

Assalamualaikum semua. Saya dengan rendah hatinya ingin memohon sumbangan dan ba...

RM0 0.00%
terkutip dari RM3,000 Seluruh Negara