Impian, Harapan & Keinginan

Impian Seorang Ibu: Bantu saya tingkatkan kemahiran demi masa depan anak-anak

oleh FARIZAH
Dicipta pada Dec 11, 2025 | Seluruh Negara
RM0 terkutip dari RM25,000 sasaran 0.00%
  • 0 Derma
  • Tiada
  • 0 Like
Nama saya Farizah, seorang ibu tunggal kepada dua anak yang sedang berusaha membina masa depan lebih baik untuk keluarga melalui pendidikan dan peningkatan kemahiran.

Saya bekerja sebagai pembantu akaun, dan walaupun pekerjaan ini stabil, saya sentiasa menyimpan impian untuk membina kerjaya dalam bidang kecantikan — terutamanya waxing, rawatan wajah, dan perkhidmatan estetik. Tahun 2026, saya mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari zon selesa dan mengejar impian saya dengan menyertai Diploma Kecantikan di Gloria Beauty Training Academy (GBTA), sebuah akademi latihan bertauliah di bawah JPK Malaysia.

Diploma ini bakal membuka peluang kepada saya untuk:
✔ Mendapat kerjaya stabil dengan pendapatan lebih baik
✔ Memiliki masa kerja yang fleksibel untuk anak-anak
✔ Membina bisnes kecantikan kecil pada masa akan datang
✔ Memperbaiki taraf hidup keluarga
✔ Bekerja dalam bidang yang saya minati sepenuhnya

Jumlah kos diploma ini ialah RM25,000.
Saya mempunyai sedikit simpanan tapi belum mencukupi untuk membayar semuanya. Lagi pun kontrak kerja saya akan tamat pada tahun ini dan sukar untuk saya buat simpanan akan datang. Walaubagaimanapun, saya masih aktif mencari kerja untuk menampung keluarga kecil saya.

Saya tidak meminta derma semata-mata — saya meminta peluang.
Peluang untuk membina kerjaya baru, meningkatkan taraf hidup anak-anak saya, dan berdiri atas kaki sendiri.

Jika anda memilih untuk menyokong saya, walaupun RM1 sekali pun, ia amat besar maknanya.
Sokongan anda akan benar-benar mengubah hidup saya dan masa depan keluarga saya.

Saya berjanji, apabila saya tamat belajar nanti, saya akan membalas jasa ini dengan menawarkan perkhidmatan kecantikan pada harga mampu milik kepada wanita lain, terutamanya ibu-ibu yang memerlukan.

Terima kasih kerana membaca kisah saya dan kerana percaya pada perjalanan ini.
Tiada derma lagi
Tiada keputusan dapat dicari
BantulahBoost
Pengajur kempen telah opt-in BantulahBoost. Jumlah kecil dari dana terkumpul akan disalurkan untuk penggunaan Iklan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
QR Code Kempen Bantulah
Impian Seorang Ibu: Bantu saya tingkatkan kemahiran demi masa depan anak-anak
oleh FARIZAH
RM0 terkutip dari RM25,000 sasaran (0.00%)
Tiada | Seluruh Negara
Penganjur Kempen
FARIZAH
Akaun dicipta pada Dec 11, 2025 | Malaysia

Kempen Berkaitan

Lihat kempen-kempen lain yang berada dalam kategori yang sama

In Search of Silence in the Sea
Impian, Harapan & Keinginan
In Search of Silence in the Sea

We are film students from Multimedia University, Cyberjaya. Currently preparing...

RM0 0.00%
terkutip dari RM12,000 Selangor

oleh ANG LI YING 107 hari tinggal
Untuk meneruskan hidup dengan tenang
Impian, Harapan & Keinginan
Untuk meneruskan hidup dengan tenang

Saya seorang pelajar , terbeban dengan sejumlah hutang . Selepas langsai semua ....

RM0 0.00%
terkutip dari RM3,000 Pahang

Mohon Bantuan untuk melepaskan bebanan yang sangat2 membebankan keluarga
Impian, Harapan & Keinginan
Mohon Bantuan untuk melepaskan bebanan yang sangat2 membebankan keluarga

Mohon Bantuan Ikhlas Saya Hafizi, penjawat awam, suami kepada suri rumah sepenu...

RM0 0.00%
terkutip dari RM50,000 Seluruh Negara