Impian, Harapan & Keinginan

HARAPAN

oleh Aya Ahmad
Dicipta pada Aug 24, 2021 | Seluruh Negara
RM10 terkutip dari RM5,000 sasaran 0.20% * (0%) akan ditolak dari dana terkutip. Fee dibiayai sepenuhnya oleh Bantulah dibawah program BantulahSubsidi
  • 1 Derma
  • Tiada
  • 0 Like
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya Aya (bukan nama sebenar), saya merupakan pesakit mental (Major Depressive Disorder, Post-Traumatic Stress Disorder) with severe anxiety. Kesemuanya berpunca akibat zaman kanak-kanak yang gelap kerana saya menjadi mangsa gangguan seksual keluarga terdekat/rakan, mempunyai dysfunctional family, kehilangan sahabat baik & bapa. Diluar, saya merupakan seorang gadis yang bijak & cemerlang dari segi akademik & kepimpinan. Malah saya merupakan penerima biasiswa dari yayasan ternama di Malaysia suatu ketika dahulu.

Kisah hidup saya sangat.. menyeksakan. Pedih untuk saya bercerita. Sejak kecil saya diabaikan kerana keluarga yang berpecah-belah. Saya mula self-harm & cuba membunuh diri pada usia 15 tahun. Namun begitu, saya sangat cemerlang dalam akademik & menjadi tokoh pelajar harapan di sekolah.


Ketika di universiti, kehormatan saya dicabul oleh rakan saya sendiri ketika kami keluar ke bandar. Saya mengalami ptsd yang sangat teruk kerana terlalu trauma. Saya terkurung di dalam bilik di kampus, tidak ke kuliah selama 2 minggu. Takmk report polis, sebab saya fikir saya kena lindung maruah saya. DAN dia kawan saya, baik di luar, pegang jawatan tertinggi di kampus. Siapa yang akan percaya saya? Sedangkan kawan baik saya putuskan hubungan dengan saya kerana dia fikir saya mereka cerita & baru saya tahu dia sukakan lelaki tersebut. Saya pernah cuba membunuh diri sebanyak 3 kali selepas kejadian itu & hanya sekali yang betul-betul hampir meragut nyawa saya sehingga dimasukkan ke hospital selama 3 minggu & diawasi ketat kerana keadaan mental saya yang tenat. Saya juga disoal siasat polis kerana perbuatan saya cuba untuk membunuh diri dikira salah disisi undang-undang & mereka memberi amaran akan memasukkan saya ke dalam penjara sekiranya perkara ini berulang. Kemudian, saya berhenti Master's Degree kerana saya dah tak mampu untuk tanggung beban belajar. Sekelip mata dari pelajar yang cemerlang, saya jadi orang yang tak berguna.

Sejak dari kecil juga saya berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Saya diraba oleh abang tiri saya sendiri ketika saya berusia 8 tahun. Pada waktu itu, kami sedang bermandi manda di kolam renang resort. Abang tiri yang berusia 14 tahun datang pada saya & memegang & mengusap alat sulit saya. Saya tidak melawan kerana tak faham apa-apa. Sewaktu tidur pun abang tiri banyak mencium saya. Tapi tetap saya tak melawan, sebab saya clueless. Pada usia 15 tahun, saya ternampak bapa tiri mengintai di sebalik pintu bilik mandi tetapi saya kaku & tak berani menjerit kerana waktu itu ibu sangat sayang dengan bapa tiri kerana bagi dia, bapa tiri seolah-olah malaikat. Dia juga sering masuk ke bilik sewaktu saya tidur & saya tak pasti apa yang dia buat kerana terlalu takut saya teruskan tidur. Kemuncak apabila rakan saya sendiri mencabul saya di universiti sehingga saya terlampau trauma & disahkan menghidap severe depression.


Kini, saya menjadi pesakit mental yang sedang cuba untuk terus hidup, bergantung kepada ubat untuk 'rasa' gembira. Setiap malam saya akan berulang-ulang mimpikan perkara-perkara yg menyebabkan saya trauma. Seolah-olah mimpi ngeri yang tak pernah ada penamat. Saya meracau, menangis, takut apabila terlihat sosok tubuh/kereta/rupa orang yang seakan-akan orang yang pernah mencabul saya. Dada saya terasa sangat berat, seolah-olah menampung segala beban & masalah yang ada dalam dunia ni. Saya tinggalkan rumah sebelum pandemik & kini tinggal bersendirian. Saya survive dengan bekerja sebagai cashier di supermarket terdekat dengan gaji RM1.2k sebulan. Saya dah hilang kemampuan untuk bekerja dalam sektor yang memerlukan daya fikir yg tinggi walaupun kelayakan & pencapaian saya sangat tinggi. Saya seolah-olah cacat mental. Saya tak boleh mengira dalam otak & sangat mudah lupa walaupun baru beberapa saat lalu kejadian terjadi. Saya mudah berubah mood & perubahan mood tersebut sangat extreme sehingga kadang-kadang menganggu jadual kerja saya. Kata doktor, itu normal.. itu normal bagi pesakit mental seperti saya. Kerana otak saya sudah 'rosak', cecair serotonin yang buat saya gembira sudah tinggal terlalu sikit. Cukup untuk saya teruskan hidup, bukan untuk saya rasa gembira.


Dengan gaji tersebut, memang tidak cukup untuk saya survive di bandar. Tambahan pula, sewaktu saya menganggur saya banyak meminjam dari rakan-rakan sehingga hutang saya mencecah 2k. Jadi gaji saya memang banyak diguna untuk membayar komitmen & hutang secara ansuran. Saya juga pergi ke kerja dengan menggunakan grab/menumpang rakan. Sangat memakan kos & belanja. Jadi harapan saya cumalah, sebuah kereta kancil secondhand (saya tiada lesen motor) untuk saya bergerak ke tempat kerja & akan memudahkan saya untuk membuat berniaga sambilan untuk menambah sumber pendapatan saya (saya pandai baking & memasak).

Anggaran kereta kancil secondhand: RM3500-4000
Anggaran sedikit tambahan peralatan baking:
1. Oven 30Litre: RM160-200
2. Stand Mixer: RM120-150
3. Baking equipment: RM200+/-

*Saya akan update di kempen ini tentang pembelian kereta tersebut*

Pasti ada yang tertanya-tanya, mana keluarga saya kenapa tak bantu saya? Saya membesar dalam keadaan keluarga berpecah-belah. Saya pernah mohon bantuan dari bapa saudara saya & mereka mencanang kisah tersebut seolah-olah saya mengemis pada orang yang tidak sepatutnya sedangkan itu tanggungjawab mereka selepas ayah saya meninggal. Ibu saya.. memang berduit. Tapi duitnya hanya untuk dirinya. Kerana bagi dia titik peluhnya hanya dia yang berhak merasai. Oleh sebab itu, saya membayar sewa & barang keperluan diri sejak saya kecil berbekalkan duit upah meniaga. Kerana itu, saya tiada simpanan. Kerana duit simpanan saya habis untuk menanggung diri saya.

Mungkin kedengaran keterlaluan bila harapan saya adalah sebuah kereta, tetapi dengan kereta ini saya boleh generate keuntungan & andai diizinkan tuhan, saya pula akan bantu orang lain pada masa akan datang. Jika dilihat di mudah, kereta yang saya ingin beli pada harga 3500-4000 ini memang sangat basic. Tapi dengan kereta ini, saya yakin saya dapat menambahbaik kehidupan saya. Saya tiada simpanan asb sejak kecil, jauh sekali simpanan apa-apa yang saya boleh bergantung harap. Duit simpanan saya sendiri sewaktu bekerja part-time semasa buat Master's Degree pun habis ketika survive pandemik. Saya mohon maaf kerana memohon dana ini, saya akan pulangkan semula dana ini kepada orang yang memerlukan suatu hari nanti bila saya dah berjaya. Saya mohon maaf kerana mengemis begini, saya mohon maaf. Saya mohon jangan caci saya kerana keadaan mental saya sangat teruk. Saya mohon maaf sekali lagi
atas permintaan ini.

    RM10
  • Anonymous
    Anonymous telah menderma RM10
    Saya doakan yang terbaik untuk awak, stay strong!
Tiada keputusan dapat dicari
QR Code Kempen Bantulah
HARAPAN
oleh Aya Ahmad
RM10 terkutip dari RM5,000 sasaran (0.20%)
Tiada | Seluruh Negara
Penganjur Kempen
Aya Ahmad
Akaun dicipta pada Aug 24, 2021 | Malaysia
A fighter.

Kempen Berkaitan

Lihat kempen-kempen lain yang berada dalam kategori yang sama

Untuk meneruskan hidup dengan tenang
Impian, Harapan & Keinginan
Untuk meneruskan hidup dengan tenang

Saya seorang pelajar , terbeban dengan sejumlah hutang . Selepas langsai semua ....

RM0 0.00%
terkutip dari RM3,000 Pahang

BISNES KECIL-KECILAN
Impian, Harapan & Keinginan
BISNES KECIL-KECILAN

Merevolusikan Industri Percetakan Kepada Rakan-rakan dan Penyokong yang Dihorma...

RM0 0.00%
terkutip dari RM10,000 Pahang

Beneficiary kempen ini: